Friday, July 30, 2010

Penghulu Segala Hari : )

ASSALAMUALAIKUM !
mood: happy !

*kat sekolah*
ada ikrar janji tuk pelajar PMR, SPM, & STPM.
pengetua, and cikgu cikgu laen bebel bebel bagi semangat
then kitaorang kena berikrar untuk diri kitaorang sendiri. !
Go Zaffyr ! ;))
masa BM tadi
cik sariah a.k.a cik yah bagi homework banyak.
karangan !
jenoh tangan nak salin 2 karangan. patah perkataan karangan tu 1000++ huhh!


*petang tadi*
tusyen addmath ! best ! cikgu nina buat test.
suka. suka. suka. sebab dapat jawab paper 2 dengan baik ! : )


balik tusyen aku jalan kaki sebab tempat tusyen tu dekat je ngan umah aku.
masa tengah jalan, kat tepi umah aku tu ade pokok nenas.
aku tengok pokok nenas tu da berbuah !
woi sehhh !
betul ke ape yang aku tengok ?? mula mula tak percaya.
aku panggil ibu suruh tengok, and ibu pun shocked !
haha. kelakar je..
kitaorang tak tahu pun pokok nenas tu berbuah.
alih alih je da berbuah.buah dia da besar la jugak.

nah ! tengok ni. aku captured petang tadi. ;)




hoho :)

oke. esok kita story mory lagi.

nak siap siap ni. nak pergi umah atok ;)

tapi sebelum tu korang *PRESS PLAY* kat video atas tuh k. ngee ;)
TATA~

Thursday, July 29, 2010

1,2,3.......

jeng jeng jeng !
ahha !
nak tahu ape yang jeng jeng jeng tu ?

sila scroll..















scroll lagi.........














da dekat...











BOOOMMMM!

i passed my Biology !
i got A in English & Bahasa Melayu !
heeeee... ;)
walaupun hanya ujian 2 je tapi amat bermakna buat aku.
huhhu !
Classmates aku cakap alaaa.. ujian 2 je belum trial..
tapi, ade aku kisah ???!
yang penting aku puas ! yeahh !

tadi ade teknik menjawab SEJARAH !
um, yess ! i hate sejarah !
tapi bila da dengar teknik jawab sejarah tadi,
semangat aku teross
meluap luap untuk teruskan mengulangkaji sejarah !
thanks pn.ang ;) thanks en.ishak ;)
en.ishak memang best ! memang kelakar ! ( budak milo )
HAHHA !

oke,sampai di sini sahaja aku menaip
assalamualaikum ;)

Tuesday, July 27, 2010

Macam macam cerita

hui hui..

amacam hari ni ? oke ?

huhu.hari ni aku penat sikit.

kat sekola tadi ade teknik menjawab pendidikan islam.

then 1.40p.m ade kelas tambahan bio.penat weh. belum masuk kelas bio je aku da menguap banyak kali.

aku pun tak tahu kenapa hari ni aku ngantuk sangat.

maybe malam semalam aku tidur agak lewat

sebab mensettlekan homework kimia yang bertimbun ! bab 4. now kimia da ha
bes belajar ! (HAPPY) ;D

patutnya homework tu kena hantar hari ni tapi disebabkan ade teknik menjawab pendidikan islam,

so kelas kimia pun tak de...





esok hari Rabu ! kena pakai uniform kadet polis.

wahh~ tiba tiba rase rindu dekat kem kadet.. :'(

rindu gila aktiviti kat sana..

rindu gila dengan HYPER TEAM.. :'(

next year da tak join kem kadet lagi. :'(

sobs..sobs..

tak pe, next year aku kena pergi PLKN. so rasa la kem sepuas-puasnya.

Haha! Wirawati Nur Zafirah ! ( macam tak sabar je)





oke. ni nak kutuk banyak.

Naz,,aku macam nak lempang je budak itu !

masa rehat kat kantin tadi aku rasa geram & menyampah kat seorang budak ni.

dia makan kat depan aku. kitaorang menghadap la..

aku tengok je dia sebab nak tegur dia.

tapi dia bole wat tak tahu macam kitaorang tak pernah kenal!!

sakit hati aku ! kau FA*E*H* A*A**NA perangai memang sentiasa IRRITATING!!

sebelum pergi kem kadet polis,, bukan main lagi kau buat baik ngan kitaorang kan.

yela, kalau kau tak buat baik ngan kitaorang nanti kitaorang tak bagi kau pergi.

mula mula aku da tahu agenda kau tu. aku memang TAK SETUJU kau pergi kem kadet.

tapi atas nasihat daripada kawan kawan aku merelakannya walaupun sebenarnya TAK RELA oke!!!

lepas habis je urusan pasal kadet perangai kau terus berubah menjadi SYAITAN !

tapi bagi aku kau memang syaitan bertopengkan manusia. kau sentiase fikir diri kau hebat.

kitaorang semua memang tak percaya kat kau langsung.

kau cite itu, kau cite ini kat kitaorang tu sume, kitaorang tak peduli langsung.

semua cite kau tak boleh percaya. sebab kau memang kaki penipu !

cakap suke gedegang!

kat kem pun kau
SELFISH !

kau habiskan segala makanan yang ade kat sane.

alih alih aku tengok makanan tu da tinggal sikit.

then, kau bole bawak balik semua makanan yang tak habis tu ?!!

hello miss F ! kitaorang bayar tau duit untuk beli makanan tu then kau rembat sesuka hati kau je ?!!

kau buat makanan tu macam kau punya..

ingat duit yang kitaorang bayar tu guna duit bapak kau ke ?!!

bila aku suruh bawa makanan tu g sekola untuk bagi bagi kan kat budak budak semua

kau bole buat bodoh je..buat tak tahu je.. mesti kau da makan da makanan tu sume kan ?

kitaorang menyesal bagi kau ikut pergi kem kadet !

tolong la bertaubat. tak payah guna sihir sihir ni semua.

tak payah manfaatkan lelaki untuk kepentingan kau sendiri.

kitaorang da muak dengan perangai kau, kan
Naz ??




huhh ! sorry terlebih emo. kebetulan pulak aku tengah bendera jepun. so paham paham sendiri.

da. sampai sini je aku bebel. mak aku pun da bebel kat aku suruh tutup laptop.

k Tata~

Sunday, July 25, 2010

hari minggu

assalamualaikum ;)

macam biasa pagi ahad kena pergi tusyen mathematics !

then balik, gosok baju sekola,basuh kasut sekola serta siapkan homework.

sejarah!! ouh gile!! kena siapkan nota sejarah!! banyak sehh. bab 7.
aku tak suka sejarah. baru tulis tajuk je mata da ngantok! huarghh.. (yawn)

korang ! semalam sepupu aku tunang ;)
sweet gila je dia ngan tunang dia.
sama padan. sama manis. sama chantek. sama rendah.opps! sory;) hehhe

um biase la kalau ade majlis tunang2 ni sume memang penat la kan.

nak kena rewang tu rewang ni. habis je majlis tu, rumah atok berselerak gile!

sedara yang laen da makan je semua masing masing nak balik. blah macam tu je.

korang da sedap makan, korang blah macam tu je ?! huhh.. tak guna! bukan sedara namanya tu.

pinggan, mangkuk, cawan, senduk, periuk, jug yang bertimbun kat dapur atok semua nya aku ngan Pika(cousin) yang cuci.

aku sabun, Pika bilas. erghh! sakit kaki & belakang aku sebab lama berdiri. tapi tak pe. aku tak kisah pun. kalau aku kawen nanti, aku dera korang pulak. tunggu jela. haha! (poyo je kan. kecik kecik da berangan)

balik rumah memang lepak gile. mandi,solat then terus bammm atas katil. tak sempat nak update blog. energy da tak de lorh.

sekarang ni pun aku penat lagi.mata ngantok je beb.



umm. aku nak minum cool blog la.. cool blog coklat. sedapnya!!! :)

nak ajak ibu pergi beli la.. hehhe..

k la nak siapkan homework sejarah ni.

kalau tak siap nanti tak pasal pasal kena saman ngan pn.ang..hohho !

tata dear readers~ love korang~ mmuaaahhh~

Friday, July 23, 2010

:)

mood: happy !

ahha. macam da lama je tak update blog.

-PART 1-
YESTERDAY!

semalam aku merayap ngan dayah. yela baru habis exam kan..(macam da habis spm jee..)

hahaa. kitaorang merayap cari makanan. dayah a.k.a Ceret dia mengidam roti peach yang

kat season tu. dia ajak aku pegi season. so aku teman la dia.

then kitaorang singgah kat kedai kecik yang berwarna pink yang selalu dikunjungi oleh lanun

lanun untuk mencuri PEARL PEARL yang ada di situ. Nama kedai tu Cool Blog. haha

Aku suka pearl tu sebab kenyal kenyal. Eee..geram!! gigit gigit pearl tu. haha.

pegi season bapak Ceret anta. balik kitaorang menapak. huhu. jauh beb. marathon sekejap.

tapi aku tak teros balik umah aku. aku lepak kat umah Ceret maen badminton sambil layan
Danish. ;)

chomel sangat Danish ni..;) sape Danish ??... um, ade la ! mane bole bagitau. kepoh je korang nak
tau..

-PART2-

aku nak post video adik sepupu aku. nak post video anak sedara,, aku belum ade anak sedara.

abang aku dia tak nak kawen. so tak dapat la aku anak sedara buat masa sekarang ni. haha

NAME: Nur Rasyiqah.
AGE: 2years old.
D.O.B: forgot lorh.

budak kecik ni kepoh sangat sangat sangat sangat sangat macam mak dia.


syiqah suke gigit teddy warna coklat tu. alaa..teddy mr.bean tu.

Monday, July 19, 2010

PLKN

damn !

aku dapat PLKN ! "TAHNIAH! (NO.IC) ANDA TERPILIH MENYERTAI PLKN SIRI 8/2011"
Tahniah ?!! kepala hotak dia la!

kenapa aku dapat ?!

budak yang lembab macam kura-kura semua tak dapat tapi aku yang aktif gila bole dapat ?!

sekarang aku tak boleh fikir pasal benda lain..

yang bermain di fikiran aku sekarang ni ialah PLKN! Only PLKN oke !

aku tak nak pergi ! aku takut dibuli :'( takut segala-galanya..

macam mana kalau aku dapat kem kat Kelantan,Terengganu, or jauh jauh sana ?!

aku tak nak pergi jauh jauh sana..

nanti family aku nak melawat susah..jauh sangat wey ! mesti rindu family aku !

tahun ni member aku ramai yang dapat.. kelas aku je da 10 orang kut..

arghhh ! aku tak dapat bayangkan macam mana aku kat sana nanti.........

aku tak pernah berpisah dengan family selama 3 bulan then semua kerja kena buat sendiri lak tu!

aku tak pernah duduk hostel so aku tak de pengalaman langsung.. memang ZERO oke !

and adakah PLKN ni seindah yang ditayangkan kat iklan di televisyen tu ??

siap nyanyi nyanyi la..joget joget lagi..

Umm...mintak mintak aku oke kat sana......

sekarang ni nak nanges je.....:'(

aku akan rindu kawan kawan.. sepatutnya lepas SPM aku habiskan masa dengan kawan kawan..
tapi!!! aku kena pergi PLKN...:'(

Faten,Aemir,Dayah,Shira,Adibah,Syera, Ain and sesape lagi yang dapat PLKN jom kita sama sama

berdoa supaya kita selamat dan sejahtera ketika menghadapi PLKN..:'(

da! da! da! malas nak cite sal PLKN lagi. peningkan kepala aku je!

sekarang fokus pada SPM je .. tak mau nanges nanges lagi..

kena kuat ! SPM lagi bape hari je..

oke now nak study.. Tata..:'(

Wednesday, July 14, 2010

KUIZ KIMIA KENAGSAAN ♥

Tahun ni dia datang lagi..

tahun lepas, aku banyak hentam sebab ade soalan form5 yang belum belajar..

Tapi!! Kali ni tak boleh hentam oke.. sebab da belajar..kena jawab betul betul walaupun just kuiz..;)

duit da bayar so kena wat betul betul. RM10 oke ! RM10 untuk sijil..

alright, goodluck buddies !
do your best oke ! TATA~

Tuesday, July 13, 2010

yang sempurnakanku ♥ ♥

Layan babe lagu ni ! suka gila !

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Chorus
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ulang Chorus 2X



Monday, July 12, 2010

SPM getting near

SPM da dekat ! hati makin gelisah & resah !

takut laa.. tolonggg!!!

banyak lagi yang perlu diperbaiki..

kena kuatkan daya usaha lagi..

oke ! for sure lepas ni jarang online. saya ulang sekali lagi jarang online.
(um,tak tahu lah bole ke tak kalau tak on9.baru 2 hari tak on9 da macam orang gila!)

hope ayah & ibu tak ambil handphone aku.. :'(

jangan la ambil.. nanti nak text kawan tanya pasal homework da tak boleh..

Argghh!!!!!! NUR ZAFIRAH !!!!! Wake up!!!!! SPM lagi 3BULAN oke! 3BULAN !

tak lama da.. tu belum tolak makan,tido,on9,tengok tv,pegi shopping baju raya,penat puasa,bla..
bla..bla..

Ayah, Ibu... tolong kakak !!!! nak nangis je sekarang ni. risau fikir pasal SPM..

jerawat da makin berkampung kat atas muka aku sebab terlalu stress! :'(

p/s: now,da bole lupakan DIA.. DIA kata tak salah kalau kita keep in touch. um, ayat tu da bole tenangkan hati aku sekarang.
now, DIA da pergi sambung study untuk degree.. gdluck babe!
semoga cemerlang sampai dapat degree oke ! ;)
study elok elok oke ! ;)

Thursday, July 8, 2010

-tak ada title- :-/

esok pergi kl.

ayah ada meeting kat sana.

awal awal ayah dah pesan suruh bawa buku untuk study.

ayah cakap SPM lagi 3 bulan je. arghh! takut nya aku der..

umm.kalau ayah tak cakap pun memang aku nak bawa segala buku buku aku.

kalau boleh tak nak ikut tapi nanti aku nak tinggal dengan sape kat jb??

sekarang aku da jadi bengong !
adoi ! kenapa aku asyik ingat kat dia je ni??
kenapa aku asyik fikir pasal dia je??
arghh ! bole gila kalau macam ni der !

macam mana nak lupakan dia??

fahna,anne,faten,nazira,ana.......... tolong aku!!!!!!!(shout)

Wednesday, July 7, 2010

merindui kem

oke. aku rasa da lama sangat aku tak update blog kan?

Umm..aku RINDU kem Kadet Polis sangat sangat!! kalau lah dapat patahkan balik masa ni,

aku nak 2,3,4 Julai 2010 tu balik.. aku tak nak 2,3,4 Julai tu berlalu..:'(

rindu group aku..HYPER TEAM!!!
da la tahun ni tahun last aku join kem kadet..sedih sehh..

tahun depan aku da habis sekolah..

umm..banyak pengalaman yang aku dapat kat kem kali ini berbanding kem tahun lepas dekat Taman Negara Endau Rompin,Selai..

now aku nak cerita sikit aktiviti aku masa kat kem.Sikit je tau.Banyak2 nanti boring lak nak baca kan..





Hari pertama


-kumpul kat sekolah tunggu trak polis datang ambil untuk pergi stadium.

Then masa kat stadium,kami daftar diri and diagih2kan untuk naik bus mana.

Platun perempuan naik bus,platun lelaki naik trak.Aku pun tak tahu
kenapa kali ni platun perempuan kena naik bus untuk pergi kem.

Dalam perjalanan, aku jalankan tugas aku seperti biasa iaitu tido! HAHA.

Dalam kul 12p.m kami tiba di Pantai Pasir Lanun..
selepas itu kami dirikan khemah,kemas barang,masak,siap2kan diri,pergi tazkirah and.........................

malam yang ditunggu tunggu sudah tiba sebab ada Night Walk&Burung Hantu.. :D

masa night walk,aku Victim of special case yang dijaga oleh Tuan Hj Rahmat ! sape yang g kem tu mesti tahu special case ni ape.

first aku takut sebab aku special case.tapi aku buat biase2 je..beranikan diri je..

kat dalam hutan tu kumpulan special case dapat berhenti kat kubur lanun..

kumpulan lain aku tak sure diaorang dapat berhenti kat kubur lanun tu ke tak.

kitaorang disuruh sedekahkan Al-fatihah kepada lanun2 yang da meninggal tu.. HAHA.

jeng jeng jeng! masa tengah baca Al-fatihah tu kann, hidung aku b
au sesuatu yang harum gila!

bila aku tanya dak2 lain diaorang kata diaorang tak bau & diaorang kata diaorang tak pakai perfume pun. HAHA.

bau ape tu babe??? aku pun tak berani nak ulas lebih2..


da selesai semua aktiviti malam tu kitaorang pun balik khemah dan ti
do!






Hari kedua

-5.30a.m da bangun then terus pegi mandi.bilik air ramai gile gile gile orang!

kena queue up dulu oke! 1/2 jam aku tunggu baru dapat mandi.


then kteorg ade senaman pagi,nyanyian lagu Polis and bla..bla..bla..

senaman paginya ialah Poco-poco beb! HAHA..

aku da la zero bab poco-poco ni.macam ketam je aku ber poco-poco.

then ade jungle tracking. suke sangat sebab dapat cooperate in one team!
GO HYPER TEAM!!! hahas! :D


malamnya ada Malam Kebudayaan. HYPER TEAM diberi tugas untuk melakukan sketsa yang bertema 'lawak jenaka'..

selesai je malam kebudayaan kteorg ade War Game!

War game ni habis pukul 4a.m.. memang penat & ngantuk yang amat sangat!






Hari terakhir

-budak2 sekolah aku bangun lambat. ni semua kesan daripada tido pukul 5a.m lebih..

budak2 sekolah aku & budak2 sekolah lain yang lambat bangun pun kena denda..

then ade senaman pagi,ikhtiar hidup/membaca peta oleh PDRM.

pukul 10.30a.m kteorg runtuhkan khemah & majlis penutup..


pukul 3p.m kteorg bertolak balik JB.. ;)


banyak sangat pengalaman yang aku dapat. kenangan indah2 belaka walaupun selalu kena denda.HAHA!

aku nak tunjuk gambar2 aku & kawan2 masa kat kem..tengok oke! ;)

budak SMK TAMAN DAYA,JB

this is my team HYPER TEAM!!!



gambar banyak lagi tapi aku malas nak upload.kat FB ade banyak. hehhe ;)

♥ memory ♥